Slide Title 1

Aenean quis facilisis massa. Cras justo odio, scelerisque nec dignissim quis, cursus a odio. Duis ut dui vel purus aliquet tristique.

Slide Title 2

Morbi quis tellus eu turpis lacinia pharetra non eget lectus. Vestibulum ante ipsum primis in faucibus orci luctus et ultrices posuere cubilia Curae; Donec.

Slide Title 3

In ornare lacus sit amet est aliquet ac tincidunt tellus semper. Pellentesque habitant morbi tristique senectus et netus et malesuada fames ac turpis egestas.

Wednesday 27 November 2013

Pembetulan Buku Teks Physics, Chemistry, Kimia Form 5

Hello semua,

Erata pada buku teks physics dan chemistry Form 5. Untuk makluman semua guru, terdapat erata pada buku teks tersebut.:


2.L Physics Form 5 (Penerbit Zeti Enterprise) 

Erata: Kandungan buku teks pada muka surat 13

2.2 Chemistry Forn 5 (Penerbit: Arah Pendidikan Sdn Bhd) 

Erata: Kandungan buku teks pada muka surat 188

2.3 Kimia nngkatan 5 (Penerbit Penerbitan Bangi Sdn Bhd)

Erata: Kandungan buku teks pada muka surat 331

Untuk penerangan lebih lengkap, sila rujuk di sini. Sumber

Encourage Your Students How to Have a Conversation

Hello again~~

When I was a teacher, I always observed that some of my students did not know how to talk properly to their teachers and even with their friends. Maybe you have encountered this situation also how common it is nowadays for students to not know how to have a proper conversation. A conversation is about speaking and listening. Maybe it is due to changed habits where more families are eating on the go rather than sitting down together (I always found my students having their breakfast in McD before they go to school) or it could be about whatsapp-ing or tweeting now trump the talking and listening as today's preferred forms of communication.

The four tips below can be used regularly to help your students learn good conversational skills.

1. Be a good model

You can pick a student, make a point of having one to one interaction within one or two minutes at least a few times each week. Share a story about yourself  as you might when meeting a friend or acquaintance and show interest in the student by asking questions about his or her interests. You can enhance the conversation by using the enhancers like:
"Wow?"
"Really"
"That's interesting!"

2. Non-verbal behaviors 

Use appropriate body language when having a conversation.  For example, you might teach a strategy like S.L.A.N.T. (Sit up straight. Listen. Answer and ask questions. Nod to show interest. Track the speaker).

3. I don't know

Do not accept "I don't know" as an answer. Tell students that you do not require them to "know" but you do expect them to "think." Teach them how to wonder aloud, speculate, guess or give the best answer they can. ("I'm not sure about that, but I think _____ ").

4. Make eye contact 

When a student is speaking in the class you are listening and give eye contact to him or her. However, gradually scan away from the speaker and direct your gaze towards other students. This will often get the speaker to redirect his or her talk toward the other students and invites them to get and stay involved with what's being said.



How do you help your students become better speakers and listeners?

Monday 25 November 2013

Penulis dan Manuskrip

Hello Semua~~

Entri kali ini saya ingin memberi panduan kepada guru-guru yang ingin menjadi penulis buku sekolah sama ada buku rujukan, buku kerja atau buku latihan. Sebelum saya menjadi editor Klik sini saya merupakan guru sains dan kimia selama 3 tahun. 
Bagi saya bidang pendidikan amat luas. Walaupun anda memiliki ijazah sarjana muda dengan pendidikan atau ijazah pendidikan di universiti dulu anda tidak semestinya berakhir dengan karier guru.

Bagi saya tugas guru sangat mencabar. Bagi saya tidak wajar sekiranya kerjaya ini dipilih sebagai pilihan terakhir. Untuk menjadi guru yang baik, anda perlu mempunyai minat yang mendalam untuk mendidik dan berupaya melayan karenah manusia dengan penuh kesabaran. Klik sini
Berbalik kepada panduan menjadi penulis buku sekolah, anda perlu mempunyai perkara-perkara berikut:

1. Mempunyai pengalaman mengajar lebih 5 tahun
Untuk menjadi penulis, anda perlu pakar dalam isi kandungan yang ingin anda sampaikan kepada pembaca. Mempunyai pengalaman mengajar yang luas membolehkan anda merangka jenis buku yang hendak anda terbitkan dan siapa kumpulan sasaran anda. Sekiranya anda mempunyai pengalaman sebagai penanda kertas soalan atau memegang jawatan seperti guru cemerlang atau guru pakar maka kebarangkalian untuk anda terpilih lebih cerah berbanding guru yang tidak mempunyai jawatan tersebut.

2. Elakkan kesalahan bahasa
Menulis memerlukan penguasaan bahasa yang baik. Sekiranya anda diminta untuk menulis dwibahasa (BM dan BI), maka anda perlu menguasai kedua-dua bahasa tersebut dengan baik. Semasa menulis tidak dibenarkan menggunakan perkataan singkatan seperti yg, dll, kg. Untuk istilah saintifik anda perlu italic istilah tersebut. Contoh:
                                                                 Panda Gergasi
                                                      Nama saintifik: Ailuropoda Melano 
                                                      Habitat: Hutan buluh

3. Kandungan / Teks
Anda perlu menulis mengikut Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) yang terkini. Anda perlu selari dengan setiap perubahan dalam pendidikan. Kini, bukan sahaja HSP anda juga perlu tahu, malah Dokumen Standard Prestasi (DSP) atau Dokemen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi subjek tersebut. Contoh: Klik sini.  Fakta, konsep dan dan data perlu betul, tepat dan terkini. Kreativiti juga dimasukkan ke dalam buku semasa penulisan teks atau latihan. Tidak menggunakan nama-nama ahli politik atau nama sebarang syarikat (holding) yang wujud di Malaysia.

4. Bahan grafik
Bahan grafik atau ilustrasi perlu disediakan dengan betul, berlabel dan jelas. Sekiranya ilustrasi diambil dari penerbitan lain, maka ilustrasi tersebut perlu diubahsuaikan terlebih dahulu sebelum menghantar kepada Bahagian Editorial. Ilustrasi tersbut perlu tepat dari segi skala (proportionate) dan berfungsi.

5. Hantar manuskrip
Manuskrip yang sudah siap perlu disemak semula. Anda boleh menghantar manuskrip ke alamat emel syarikat penerbitan tersebut atau melalui perkhidmatan pos. Contoh alamat emel  ialah publishing@pelangibooks.com. Alamal emel syarikat penerbitan kebiasaannya terletak pada belakang kulit buku tersebut.

6. Penilaian Editor
Editor akan menilai manuskrip anda dan akan memberi komen atau feedback pada manuskrip tersebut. Untuk memberi nilai tambah pada buku tersebut maka editor akan mencadangkan beberapa features yang boleh diletak pada buku tersebut untuk menarik perhatian pembaca. Jangan pula anda menolak bulat-bulat cadangan atau features yang dicadangkan kerana pasti setiap cadangan tersebut bertujuan untuk melariskan lagi jualan buku tersebut.

Adakah anda bercita-cita menjadi penulis?

Siapa saya?

Hello Semua~~

Blog Cikgu Zuzu dibina bagi membantu pencarian maklumat mengenai guru, isu-isu pendidikan, pelajar, dunia penerbitan dan dunia penyiaran.

Berlegar dalam dunia pendidikan Malaysia. Minat terhadap media kreatif. Merupakan penyelam waktu lapang.
Cikgu Zuzu merupakan guru sains dan kimia selama 3 tahun, editor penerbitan selama 2 tahun dan kini merupakan Associate (Commision) TutorTV SPM Astro.


Dalam blog ini, saya akan berkongsi mengenai pendidikan terutama PBSMR, SPM, media kreatif percetakan dan penyiaran. Pada guru-guru dan murid-murid yang ingin mendapatkan maklumat tersebut sila  jenguk-jenguk blog ini.

Semoga entri yang saya kongsi di sini dapat memberi manfaat kepada semua.

Selamat Datang! Jangan Berhenti Bermimpi!

Cikgu Zuzu